PENGENALAN
Masyarakat Selakau merupakan satu etnik yang terdapat di kawasan daerah Lundu, Bahagian Pertama, Sarawak. Mereka adalah sebahagian daripada Dayak Selakau yang mendiami bahagian barat daya Pulau Borneo, terutama sekali di sepanjang perbatasan diantara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.
Menurut anggaran yang dibuat oleh Schneider (1975:59) jumlah besar penduduk Selakau yang menetap di kedua-dua kawasan Malaysia dan Indonesia ialah 10,000 orang. Di Sarawak kesemuanya ada 14 buah perkampungan Selakau yang terbesar. Kampung-kampung ini terletak di sepanjang jalan raya Lundu-Sematan dan juga Lundu-Biawak. Kampung-kampung ini terdiri daripada Kampung Sebat, Siru, Pueh, Paon, Serayan, Semapu, Keranji, Sebako, Biawak,Pasir Ulu, Jangkar, Rukam, Sebiris dan Titiakar (Kaboy & Sandin, 1968).
Sebagai sebuah kumpulan etnik, Dayak Selakau di Sarawak diletakkan di bawah kumpulan besar Land Dayak atau apa yang lebih dikenali kini sebagai Kaum Bidayuh. Menurut klasifikasi yang digunakan oleh Muzium Sarawak, kumpulan Bidayuh ini merangkumi lima buah kumpulan dialek:
i. Bukar-Sadong (terdapat di daerah Serian)
ii. Biatah (terdapat di daerah Kuching)
iii. Bau-Jagoi (terdapat di daerah Bau)
iv. Selakau (daerah Lundu-Sematan)
v. Larah (daerah Lundu)
(Sumber: Sarawak In the Museum 1983:27)
No comments:
Post a Comment