Thursday, May 7, 2009

Daftar Kata: Bahasa Malaysia – Dialek Selakau (Part 4)

FONOLOGI DIALEK SELAKAU KAMPUNG PUEH, LUNDU

PENGANTAR


Huraian fonologi seperti yang diberi disini adalah berdasarkan kepada rakaman bahasa seperti yang dituturkan oleh Milus anak Nimbun,Tuai Rumah Panjang Selakau di Kampung Pueh, Lundu.

Tujuan huraian ini adalah untuk memberi gambaran ringkas tentang fonologi bahasa berkenaan. Disamping itu huraian ini juga diharap dapat membantu pengguna membaca kata-kata Selakau yang disusun ini.


VOKAL

Dialek Selakau Kampung Pueh mempunyai lima fonem vokal iaitu /i/, /e/, /a/, /u/ dan /o/.

Vokal /i/ merupakan vokal sempit, yang terdapat dalam suku kata terbuka dan juga suku kata tertutup, seperti dalam contoh-contoh dibawah ini:-

  1. ikatn – ikan
  2. kaning – kening
  3. gigi – gigi

Vokal /e/ merupakan dua variasi iaitu [e] dan [ĕ]. Variasi yang pertama itu merupakan vokal depan separuh luas sedangkan yang kedua adalah vokal depan luas. Contoh (2) dibawah memperlihatkan gejala kelainan bebas antara dua berkenaaan:

  1. keneq – kecil

kĕnĕq – kecil

  1. segeq – sebuah, sebiji, sebutir

sĕgĕq – sebuah, sebiji, sebutir

Seperti yang ternyata dari contoh-contoh di atas itu, kelainan bebas tersebut cenderung berlaku jika kedua-dua suku kata dalam perkataan mempunyai forum /e/

Vokal /e/ dapat berlaku pada awal, tengah dan akhir kata. Misalnya:

  1. egeq – penjodoh bilangan yang membawa makna butir, biji, buah
  2. beriq – beri

/i/ dan /e/ merupakan dua fonem yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh pasangan autonomus dan analogus di bawah ini:-

  1. anti – nanti

ante – nanti

  1. sapi – sapi

sampe – sampai

Vokal /u/ adalah vokal belakang, bundar, sempit, dan terdapat pada awal, tengah dan akhir kata. Misalnya:-

  1. ujah – ludah
  2. kacup-kacup – senyum
  3. talu – tiga

Vokal /o/ mempunyai dua kelainan bebas iaitu [o] dan [ŏ]. Kelainan bebas [o] merupakan vokal belakang, bundar, separuh luas, sedangkan [ŏ] merupakan vokal belakang, bundar dan luas. Kedua-duanya bebas bertukar ganti dengan terutama sekali apabila dua suku kata yang berlaku berturut-turut memuat fonem /o/. Gejala ini sejajar dengan wujudnya kelainan bebas /e/ dan [ĕ] bagi /e/. Lihat contoh-contoh di bawah ini:-

  1. kokoq – pipi

kŏkŏq – pipi

  1. taringogoq – tengkuk

taringŏgŏq – tengkuk

Fonem /o/ berlaku pada awal, tengah dan akhir kata. Misalnya:-

  1. kokot – jari
  2. onos – tulang kering (pada betis)
  3. iko – ekor

Dari distribusinya, /o/ jelas merupakan fonem yang berbeza dengan /u/ seperti yang dibuktikan oleh contoh-contoh ini:-

  1. iko – ekor

aku – aku

  1. noboq – rumah sebuah-sebuah
  2. buquq – rambut

Dialaek Selakau mempunyai satu vokal belakang tak bundar, iaitu /a/. Vokal ini terdapat pada awal, tengah, dan akhir kata.Misalanya:-

  1. mata – mata
  2. apaq – tapak (tangan, kaki)
  3. ati – hati

Dialek Selakau tidak mempunyai vokal e-pepet.Jika vokal ini kedengaran dalam lafaz orang-orang Selakau, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kehadiran vokal tersebut adalah disebabkan gangguan dari bahasa Malaysia.

Semua vokal dalam bahasa inin disertai oleh hentian glotis apabila diucapkan pada awal kata. Oleh kerana gejala ini boleh diramalkan, maka tidak perlulah bunyi ini dimasukkan dalam transkripsi pada awal kata sebelum vokal.


KONSONAN

Ada 18 konsonan dalam dialek Selakau, dan dua darinya ialah separuh vokal /w/ dan /y/; seperti yang diberi dalam jadual di bawah ini:-

Plosif p,b t,d k,g q

Sengau m n ny ng

Getaran r

Geseran s

Desisan c,j

Separuh Vokal y

Pewujudan konsonan-konsonan dan penyebaran masing-masingnya dalam kata sama dengan konsonan-konsonan bahasa Malaysia. Bagaimanapun, dialek Selakau mempunyai beberapa ciri khusus yang perlu dihuraikan di sini. Konsonan 1 hanya terdapat dalam kata pinjaman, seperti lautan, kuala. 1 asalnya ternyata sudah mengalami penguguran.


Pewujudan /r/

/r/ dalam dialek Selakau diwujudkan sebagai bunyi getaran baik sebelum vokal mahupun sebelum kesenyapan. Ciri ini berbeza dengan bahasa Malaysia, kerana dalam bahasa Malaysia /r/ akhir kata diwujudkan sebagai bunyi tamparan (flap).


Adanya Rangkap Plosif-Sengau Pada Akhir Kata

Yang dimaksudkan dengan rangkap plosif-sengau adalah rangkap seperti tn dan kng. Rangkap-rangkap ini diunjarkan dengan t dan k yang tidak diletupkan. Bunyi sengau yang mengikuti t dan k itu didengunkan dengan kuat sekali.Dari segi fonetik, rangkap-rangkap ini boleh ditranskripsikan sebagai [t=n] dan [k=ng].

Rangkap tn dan kng ini khusus terdapat pada lingkungan akhir kata, seperti yang diperlihatkan dibawah ini:-

Contoh 10

  1. makat=n =makan
  2. ikat=n =ikan
  3. induk=ng =hidung
  4. tuank=ng =tulang
  5. urank=ng =orang

Dari contoh-contoh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa rangkap tn dan kng akhir kata dalam dialek Selakau itu sejajar dengan n dan ng akhir kata dalam bahasa Melayu. Tadbiran yang dapat dibuat adalah seperti berikut:-

Konsonan n dan ng akhir kata dalam dialek Selakau pada masa dahulu diucapkan dengan dengung yang kuat dan nilainya boleh disamakan dengan dua konsonan n dan ng. Gejala ini memang boleh berlaku dan tadbiran ini dibuat dengan berpandukan kenyaringan bunyi /r/ akhir kata yang sudah diperkatakan di atas tadi.

Apabilan sengau akhir kata itu mempunyai dengung yang sama, kekuatan dengan dua konsonan sengau, yakni nn dan ngng, maka lama-kelamaan bunyi sengau yang pertama itu mengalami penyahnasalan, yakni penghilangan ciri sengaunya. Apabila n dihilangkan ciri sengaunya, maka yang tinggal adalah ciri aveolar tanpa sengau, dan dari itu bunyi dihasilkan ialah t.

Demikian juga halnya dengan ng. Apabila konsonan ini hilang ciri sengaunya, maka yang tinggal ciri aveolar tanpa sengau, yakni bunyi k.

Dari proses penyahnasalan yang berlaku hanya pada bunyi sengau pertama, maka dari nn dan ngng timbulah tn dan kng. Pembunyian rangkap ini akhirnya diwujudkan sebagai t=n dan k=ng yang menunjukkan bahawa t dan k tidak diletupkan.

Hipostesis saya tentang hilangnya ciri sengau pada bunyi sengau pertama itu jug boleh ditunjangi dengan bukti yang ada dalam dialek Selakau itu sendiri. Kata untuk “ikan” dalam dialek Selakau ialah ikat. Contohnya n dalam kata ikan tidak mengalami penggandaan seperti yang berlaku pada contoh-contoh dalam 10. Oleh itu, kata yang dihasilkan itu ialah ikat dan bukan ikat=n.

Gejala penyahnasalan ini adalah gejala yang memang ada dalam dialek Melayu, mislanya dalam bahasa Melayu Urak Lawoi’ di Pulau Adang (Lihat Hasmah Haji Omar, Susur Galur Bahasa Melayu, 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka, bab berkenaan dengan bahasa tersebut).

Dalam bahasa Melayu Urak Lawoi’ semua bunyi konsonan akhir kata dihilangkan sengaunya, yakni n menjadi t, m menjadi p, dan ng menjadi k. Misalnya:-

Contoh 11

  1. bulat = bulan
  2. malam =malap
  3. urak =orang

Dalam dialek Selakau yang diperolehi tidak menunjukan bahawa gejala yang berlaku pada n dan ng akhir kata juga berlaku pada m. Dengan itu, m akhir kata tetap utuh sebagai m. Misalnya:-

Contoh 12

  1. mam =malam
  2. am =pagi

Walau bagaimanapun, semuanya ini tidak bermakna bahawa semua n dan ng akhir kata pada akhir kata dalam dialek Selakau berubah menjadi tn dan kn. Ada contoh-contoh yang menunjukan gejala seperti ini tidak berlaku.Misalnya:-

Contoh 13

  1. bulu ramang =bulu kening
  2. kaning =kening
  3. soheng =gigi siung
  4. sikun =siku
  5. kanan =kanan


Pelemahan Bunyi Plosif Bersuara Selepas Bunyi Nasal

Bunyi b, d, g dilemahkan apabila terdapat selepas m, n, ng. Ini bermakna bahawa bunyi tersebut, sungguhpun kedengaran kepada kita, tetapi tidaklah jelas. Lihat contoh-contoh dibawah ini:-

Contoh 14

  1. janggot =janggut
  2. tangga =tangga
  3. kambudaq =budak
  4. ambini =perempuan
  5. andua =yang kedua
  6. dindik=ng =dinding

Bagaimanpun, ciri ini tidak fonemik, kerana ada kalanya konsonan b, d, g dalam konteks berkenaan disebut sepenuhnya. Oleh kerana itu dalam ejaan, contoh-contoh 14 boleh ditulis sebagai janggot, tangga, kambudaq, ambini, andua, dindinkng.

Pelemahan b, d dan g sebelum m, n dan g seperti yang dibincangkan ini juga terdapat dalam dialek Kelantan dan Terengganu. (Lihat Hasmah Haji Omar, Susur Galur Bahasa Melayu, dan Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu).


Diftong

Dialek Selakau tidak mempunyai diftong. Apabila yang dapat kita lihat ialah peleburan diftong dalam bahasa Austronesia Purba menjadi monoftong. Dengan itu, ay dan aw yang diturunkan dalam bahasa Austronesia Purba, yang dipertahankan oleh bahasa Melayu, bahasa Iban, dan bahasa-bahasa lain di Sarawak, menjadi e dan o dalam dialek Selakau. Misalnya:-

Contoh 15

  1. sunge =sungai
  2. ante =lantai
  3. pano =panau


Rangkap Vokal

Dialek Selakau mempunyai rangkap-rangkap vokal seperti berikut:-

Contoh 16

  1. ai aiq =air
  2. ui kuit mata =pelopak mata
  3. ia nian =ini
  4. ua tuat =tulat

tuankng =tulang

  1. iu iut =piut
  2. au taur =telur

Jika kata-kata yang mengandungi rangkap-rangkap itu diberi tekanan keras maka akan timbul y atau w diantara vokal-vokal dalam rangkap berkenaan: y akan timbul jika vokal pertama dalam rangkap yang berkenaan itu i dan w pula akan timbul jika vokal pertama itu u. Misalnya:-

Contoh 17

  1. iyut =iut
  2. kuwit mata =kuit mata
  3. tuwak=ng =tuakng

Kita dapat melihat bahawa beberapa diantara rangkap vokal itu timbul disebabkan hilangnya konsonan 1 antara vokal, misalnya pada taur (telur), tuat (tulat), kuit (kulit) dan tuakng (tulang).


Pengulangan Vokal

Dialek Selakau mempunyai gejala pengulangan vokal. Jika ini berlaku, maka antara dua vokal berkenaan terdapat hentian glotis. Misalnya:-

Contoh 18

  1. buquq =rambut
  2. biqit =bilik
  3. tuqut =lutut
  4. moqot =mulut

Oleh kerana dalam bahasa ini tidak terdapa gejala pengulangan vokal tanpa disisipi q yang bertentangan dengan yang diatas itu, maka contoh-contoh dalam 18 itu boleh dieja sebagai buuq, biit, tuut, moot.


Kepanjangan vokal

Vokal pada kata-kata yang terdiri dari satu suku kata mempunyai kecenderungan untuk dipanjangkan. Bagaimanpun juga, ciri ini tidak fonemik. Misalnya:-

Contoh 19

  1. a:m, am =pagi
  2. ma:m, mam =malam
  3. u:q, uq =hulu (misalnya hulu parang)

Seperti yang diperlihatkan oleh contoh ii dan iii diatas itu kepanjangan vokal juga disebabkan hilangnya suku kata la [dalam ii] dan lu [dalam iii].


Rangkap Konsonan

Ada dua jenis rangkap konsonan dalam dialek Selakau, iaitu rangkap plosif-sengau dan rangkap sengau-oral. Jenis pertama sudah diperkatakan diatas dan tidak akan diperkatakan lagi di sini.

Jenis kedua terdiri dari rangkap-rangkap seperti mb, mp, nd, nt, ns, nc, nj, ngk, ngg. Pada amnya, rangkap-rangkap ini terdapat ditengah kat. Contoh pada kedudukan pada awal kata sangat terbatas. Dalam data yang hanya ada kata mpat (=empat) sahaja yang merupakan contoh yang mempunyai rangkap berkenaan pada awal kata.

Seperti yang dibincangkan dalam 2.3,epwujudan mb, nd dan ngg melibatkan pelemahan b, d dan g. Hal ini tidak berlaku pada rangkap-rangkap lain. Dengan ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa gejala pelemahan seperti itu berlaku apabila konsonan oral yang berkenaan merupakan konsonan plosif bersuara.


Stuktur Suku Kata

Suku kata dalam dialek Selakau boleh terdiri dari salah satu dari sturktur-stuktur dibawah ini (K = konsonan, V = Vokal):-

Contoh 20

  1. V anak =anak
  2. VK uq =hulu
  3. KV mata =mata
  4. KVK jagog =jagung
  5. KKVK mpat =empat
  6. KVKK pinggakng =pinggang

tomong =punggung

Bagi stuktur (iv), KK akhir kata itu hanya terbatas kepada rangkap tn dan kng.


Stuktur Kata

Kata dalam dialek Selakau yang berlaku dalam bentuk akarnya boleh terdiri dari satu, dua, tiga dan empat suku kata. Bagaimanapun, kata-kata yang terdiri dari tiga dan empat suku kata tidak banyak jumlahnya.


satu suku kata

Lihat contoh 19

dua suku kata

Lihat contoh 20, kecuali 20 (i)

tiga suku kata

  1. tarengetng =telinga
  2. karasik =pasir
  3. imaukng =subur

empat suku kata

taringogoq =tengkuk


PENUTUP

Sungguhpun penyelidikan terhadap fonologi dialek Selakau ini baru pada peringkat permulaannya, kita dapat serba sedikit melihat gambaran fonologinya. Ciri-ciri fonologi bahasa ini sangat menarik dan memberi banyak bukti tentang keadaan fonologi bahasa Austronesia dan bahasa Melayu purba.

Wednesday, May 6, 2009

Proud To Be The Blues...




Chelsea's journey to the Champions League had finally ended. After the "rough" season struggling with management problems and "uncertain" performances, Chelsea had once again evolved into a strong European force.


Chelsea struggled to compete against Bordeaux, AS Roma and CFR Cluj in group stage with the late revival of AS Roma that overtook Chelsea's position as Group A leader. Chelsea revived after qualifying to the next round with a win in Turin and the second elimination of Liverpool in the quaterifinal. And yet tonight, the referee "unfair" decisions had caused Chelsea's to lose in the semifinal.

Champions League and Premier League crowns were not longer in the grasp of Chelsea, the only trophy remained was FA Cup. Congratulations to Manchester United and "lucky" Barcelona for reaching the final in Rome. For Chelsea, there is always another time... Good luck Chelsea and thanks Mr. Guus Hiddink.

Friday, May 1, 2009

A. P. R. I. L

April finally came to an end. It started with an April Fool; a special occasion where you played pranks with others. It was a month for celebrations; people entertained each other with pranks and jokes.

April was the happiest and saddest month in my life. In less than two weeks, everything was going to end and I finally have a job. In less than two weeks, the 6 years friendships would come to an end. Everyone would follow their own path to happiness or sadness as an adult. It was time to grow as "a man or a woman of the future".

April ended as it saved the "last joke" for me. The joke that I hated the most. The "love story" that started with a joke and ended as a joke. I didn't want to recall back "what happened in the past 11 years" but it was a deserved "fate" for me. Truth was painful sometimes but we have to accept it positively. I really hoped that H**** was happy with her new life (especially her new baby).

One "hell of a joke" it was. But, life must go on...

Sunday, April 26, 2009

Daftar Kata: Bahasa Malaysia – Dialek Selakau (Part 3)

CIRI-CIRI BUDAYA DAN BAHASA

Perkampungan Dayak Selakau biasanya mengambil bentuk gabungan antara tempat kediaman berbentuk rumah panjang (Selakau rumah anja’ng) atau beberapa buah rumah panjang dengan rumah-rumah yang didirikan secara berasingan. Bentuk kediaman seperti ini masih terdapat di kampung Pueh dan Kampung Biawak di daerah Lundu. Di setengah-setengah tempat pula perkampungan Selakau hanya terdiri daripada rumah-rumah yang didirikan secara berasingan dan dikenali dengan istilah mereka sebagai nobo’.

Menurut reka bentuk rumah panjang Selakau yang asal atau rumah binus ruang rumah terbahagi kepada beberapa bahagian. Tempat menjemur hasil pertanian dan juga pakaian dikenali sebagai pante. Ia menyerupai tanju’ yang terdapat dalam rumah panjang Iban. Bahagian serambi itu sebagai sa:mi. Kawasan ini terbuka luas dan oleh itu boleh digunakan sebagai maksud, sama ada untuk tujuan mengadakan upacara keagamaan yang mengambil bentuk gawe (Iban gawai). Seringkali ruang inilah yang digunakan untuk mengadakan upacara perubatan yang terkenal seperti badukun. Mesyuarat atau perjumpaan penting yang melibatkan seluruh penduduk kampung juga diadakan di sini. Di samping itu ruang ini juga digunakan mendengar dan menyelesaikan kes-kes yang membabitkan anggota kampung atau keluarga menurut sistem adat Selakau. Sewaktu musim mengerjakan padi kawasan ini merupakan kawasan yang paling sibuk sekali di mana anggota keluarga dan saudara-mara bekerja sehingga larut malam. Pendeknya kawasan serambi ini merupakan bahagian yang paling penting dalam organisasi sosial Selakau.

Dibahagian hujung kawasan serambi ini terdapat binaan yang menyerupai katil dikenali sebagai nangkat. Pada suatu ketika dulu di samping merupakan tempat tidur bagi kanak-kanak lelaki yang sudah berumur kira-kira 12 tahun ke atas dan mereka yang belum berkahwin, ia merupakan juga tempat tidur tetamu yang datang berkunjung atau singgah di rumah panjang Selakau. Namun fungsinya sebagai tempat anak muda berpantang selepas basunat atau baturih masih kekal sehingga kini (Awang Hasmadi Awang Mois 1981).

Sungguhpun banyak yang terkeliru sehingga menyangka rumah panjang itu adalah suatu kediaman secara communal, keluarga-keluarga di rumah panjang Selakau seperti juga keadaannya dalam rumah panjang Iban adalah unit-unit sosial yang berdikari. Tiap-tiap keluarga itu mempunyai bilik-bilik yang anggotanya mungkin terdiri daripada keluarga asas ataupun keluarga asas bersama lanjutan. Di kalangan Selakau bilik-bilik persendirian di rumah panajang itu dikenali sebagai bi:ik. Disinilah mereka yang sudah berkahwin dan anak-anak mereka tinggal. Bahagian ini biasanya dikaitakan dengan pihak wanita maka dengan itu kita akan dapati bahawa kanak-kanak lelaki yang sudah berumur 12 tahun ke atas dan mereka yang sudah dewasa dan masih bujang tidak tidur di kawasan ini. Sebaliknya pada waktu malam mereka akan pindah ke kawasan nangkat.

Kepada kaum Selakau konsep bi:ik itu mempunyai beberapa maksud. Ia boleh memberi maksud bilik itu sebagai suatu bentuk fizikal atau ruang. Selain itu ia juga boleh diertikan sebagai keluarag yang tinggal di dalam ruang tersebut ataupun dirumah yang berasingan. Adakalanya petak-petak kecil yang dibina dalam bilik itu juga boleh dirujuk sebagai bi:ik. Sebagai sebuah unti sosial sebuah bi:ik itu bertanggungjawab terhadap nafkah dan harta yang dimiliki oleh keluarga berkenaan. Ia bebas untuk membuat keputusan dengan pekara yang melibatkan kepentingan bersama anggotanya. Misalnya, keputusan untuk mengadakan kenduri seperti gawe dibuat oleh ketua bagi sebuah bi:ik tetapi tarikhnya terpaksa dipastikan dengan pemimpin kampung untuk mengelakkan daripada berlakunya persamaan jadual gawe dengan orang lain. Sebagai suatu bentuk fizikal bi:ik sedang mengalami banyak perubahan. Atas sebab keperluan privacy petak-petak sudah mula didirikan bagi anak-anak yang sudah berkahwin dan bagi kaum perempuan yang sudah bersuami. Petak-petak di dalam bi:ik itu dikenali sebagai kamar yang bermaksud sama seperti perkataan Melayu kamar.

Bahagian rumah di mana kerja masak-memasak dilakukan dikenali sebagai dapur. Disinilah tempat anggota keluarga makan dan minum. Pada masa seorang ibu itu bersalin di sinilah tempatnya seorang ibu itu berdiang, untuk tempoh selama satu minggu. Untuk tujuan itu satu lagi dapur yang simple akan dibuat supaya keperluan ibu untuk berdiang tidak menganggu kerja masak-memasak.Pada suatu ketika dulu; iaitu sebelum keperluan ruang dalam ruamh atau bi:ik sebegitu mendesak, bahagian dapur dan bi:ik itu dipisahkan oleh suatu lorong yang dikenali sebagai alun-alun. Oleh kerana keperluan lorong seperti itu sudah dihilangkan untuk terus dijadikan sebahagian daripada bi:ik. Bersambung pada bahagian hujung dapur dan mengambil bentuk pelantar yang kecil ialah apa yang dikenali sebagai uatn ai’. Pelantar ini tidak sebesar pelantar yang dikenali sebagai pante. Pelantar ini dikenali sebagai uatn ai’ ini merupakan tempat untuk membasuh dan madi.

Pembahagian ruang-ruang didalam rumah panjang Selakau kepada beberapa bahagian seperti bi:ik dan sa:mi penting kerana ia juga menggambarkan adanya pembahagian manusia Selakau di paras simbiolis. Idea-idea ini masih kekal sehingga hari ini terutama sekali dalam bentuk kediaman seperti rumah panjang. Namun begitu ini tidaklah bermakna bahawa pihak perempuan tidak boleh menghampiri atau melintasi kawasan tersebut. Begitulah juga dengan peraturan mengenai bi:ik bagi kaum lelaki. Tetapi dalam sistem kepercayaan Selakau pembahagian ruang dalam ruang itu tetap bermakna.

Masyarakat Selakau mempunyai sistem kekeluargaan yang berbentuk cognatic. Ia membawa maksud bahawa kedua-dua belah pihak iaitu bapa dan ibu sama penting kepada seorang anak dalam hal mewariskan harta. Walaubagaimanapun, dalam hal membuat keputusan yang bersangkut-pau dengan harta pesaka tekanan yang lebih memberatkan kepada pihak lelaki. Pihak lelakilah yang mempunyai suara lebih tentang bagaimana harta itu akan dibahagikan dikalangan anggota keluarga. Ini tidaklah pula bermakna bahawa pihak perempuan tidak berhak ke atas harta milik ibubapa mereka. Suatu analisis yang ringkas mengenai istilah kekeluargaan Selakau menunjukan hakikat bahawa ada beberapa istilah yang digunakan di kalaangan Melayu. Disamping itu istilah-istilah kekeluargaan Selakau yang asal seperti bapa’ (Melayu /bapa/) dan inu’ (Melayu /emak/) ada beberapa istialh yang digunakan tidak begitu asing kepada masyarakat Melayu. Diantara istilah-istilah ini adalah seperti Pa’ Uda’ dan Ma’ Uda’, waris, kemanakatn (Melayu kemanakan), katurunan, cucu’, nene’ dan beberapa lagi istilah yang lain. Istilah-istilah ini yang memberi maksud yang hampir sama dengan pengertiannya dalam Bahasa Melayu.
Sungguhpuntergolong di dalam kelompok Land Dayak atau Bidayuh,masyarakat Selakau tidak memiliki ciri-ciri utama yang dianggap boleh memlambangkan masyarakat Bidayuh. Diantara ciri-ciri utama yang dimaksudkan ialah pemilikan “rumah kepala” atau baloi pangguh. Ini adalah kriteria yang digunakan Leach (1950:54) dalam usahanya untuk mengidentifikasikan beberapa kelompok masyarakat Sarawak. Sepanjang yang saya tahu memang tidak terdapat bukti yang Selakau pernah memiliki stuktur yang mengambil bentuk bangunan seperti yang dicadangkan Leach. Untuk pengetahuan umum “rumah kepala” ini merupakan suatu bangunan dan mempunyai pelbagai fungsi. Ia hanya terdapat di perkampungan Bidayuh terutama di daerah Ulu Sadong. Bangunan ini digunakan untuk berbincang masalah-masalah yang melibatkan kepentingan bersama penduduk kampung untuk mengendalikan upacara initiasi dan juga tempat penginapan tetamu yang datang berkunjung di kampung Bidayuh.

Amalan bertindik (Selakau batenek) merupakan satu lagi unsur budaya Selakau yang boleh membezakan dari kumpulan Bidayuh yang lain. Dikalangan orang Selakau amalan ini diadakan secara penuh upacara. Amalan ini tidak terdapat dalam masyarakat Bidayuh yang lain. Selain Selakau hanya kaum Larah, iaitu jiran kaum Selakau sahaja yang mengamalkan upacara bertindik seperti yang dinyatakan. Dikalangan golongan Bidayuh yang lain upacara initiasi bagi kaum perempuannya yang mengambil bentuk suatu upacara lain yang dikenali oleh Carol Rubenstein (1973:290) sebagai “Red Hat Ceremony”. Upacara ini merupakan suatu bentuk initiasi yang diadakan khas untuk kaum wanita yang telah meningkat remaja. Dan upacara ini tidak terdapat dikalangan Selakau.

Satu lagi pekara yang dapat membezakan Selakau daripada kaum-kaum Bidayuh yang lain ialah amalan bersunat. Di kalangan kaum Selakau amalan ini dirujuk sebagai basunat atau baturih. Upacara ini terpaksa dilalui oleh kanak-kanak lelaki yang berusia 14 hingga 16 tahun (Awang Hasmadi Awang Mois 1981). Sebenarnya amalan ini merujuk kepada amalan membelah secara membujur bahagian kulup lelaki untuk membuang darah yang dianggap kotor. Walaupun cara basunat itu tidak seperti yang dilakukan oleh orang Melayu yang beragama Islam namun peri pentingnya upacara ini sangat ditekankan oleh Selakau sehingga sesiapa yang tidak menyempurnakannya boleh dikenakan denda (adat) apabila tiba masanya seseorang itu hendak kahwin. Di samping Selakau hanya kaum Larah sahaja yang mempunyain amalan budaya seperti ini.

Daftar Kata: Bahasa Malaysia – Dialek Selakau (Part 2)

SEJARAH RINGKAS


Kawasan penempatan asal Dayak Selakau ialah dalam kawasan daerah Singkawang di kawasan Sungai Selakau di Kalimatan Barat, Indonesia. Daripada sungai inilah juga dikatakan Selakau memperolehi nama pengenalan bagi kaum mereka. Sebenarnya,masyarakat Selakau sendiri mengakui bahawa mereka kurang pasti bagaimana asalnya nama sungai itu. Mungkin juga namanya itu berasal daripada nama pohon kayu atau dedaun tumbuhan (Kalom & Hudson 1970:288). Namun demikian terdapat sebuah cerita yang menerangkan bagaimana pada suatu ketika dalam sejarah dan sewaktu di kawasan tersebut orang Selakau sering terdengar bunyi anjing menyalak (Selakau asu) yang bernama ako menyalak (Selakau ny:ak salak) hampir setiap malam. Daripada kejadian tersebutlah maka dikatakan bahawa sungai itu memperolehi namanya. Kalau dibuat analisa yang ringkas memang perkatan Selakau itu mengandungi dua perkataan iaitu; Sa:ako (Sila lihat Awang Hasmadi Awang Mois, 1977)


Pada masa mereka masih menetap di Indonesia, kaum Selakauterletak dibawah pemerintahan Sultan atau Panambahan Sambas (Kalom & Hudson 1970). Menurut sejarah lisan yang terdapat di kampung Pueh, hubungan Selakau dengan pembesar-pembesar Melayu di Sambas bermula dengan suatu peristiwa. Ceritanya bermula dengan pembunuhan seekor beruk yang sentiasa memusnahkan tanaman padi (uma) seorang lelaki bernama Ngambang. Setelah berjaya membunuh beruk itu Ngambang telah tertidur. Dalam tidurnya ia bermimpi bahawa beruk itu memohon dibawa balik ke rumah Ngambang dengan beralaskan sehelai kain sulaman yang berwarna kuning bernama saput koleng.


Sungguh hairan Ngambang apabila terbangun daripada tidurnya ia mendapati bahawa dimana terjatuhnya beruk yang telah dibunuh olehnya berada seekor beruk emas (Selakau baruk amas). Seperti yang telah dipesan oleh beruk itu di dalam mimpinya terpaksalah Ngambang pergi menyembah menghadap Sultan untuk meminjam sehelai kain sulaman yang berwarna kuning. Dengan beralaskan kain itulah sahaja beruk itu dapat diangkat pulang ke rumah Ngambang. Menjelang beberapa waktu datanglah Sultan ke rumah Ngambang untuk mendapatkan balik kain sulamannya yang berwarna kuning itu. Secara kebetulan pada ketika itu hanya seorang yang bernama Parang sahaja yang berada di luar sementara Ngambang pula sedang berada di loteng. Apabila melihat perangai beruk emas itu, Sultan pun menasihati Ngambang agar meletakkan beruk emas itu di istana beliau. Setelah dipujuk akhirnya Ngambang bersetuju dengan nasihat Sultan. Oleh kerana Ngambang sahaja berdaya untuk mengangkat beruk emas itu maka terpaksalah Ngambang mengiringi beruk itu ke istana Sultan. SeterusnyaNgambang dilantik oleh Sultan menjadi seorang pembesar dengan diberi gelaran Pengiran Jaykasumbei manakala beruk emas itu digelar Raden Amas.


Orang Selakau mendakwa bahawa sewaktu kemasukan Ngambang sebagai seorang Islam suatu sumpah telah dibuat diantara orang Selakau dan pembesar Melayu. Menurut sumpah itu sesiapa sahaja di golongan Melayu yang mengkhianati orang Selakau maka akan pecahlah perut orang yang berbuat jahat itu. Setelah Ngambang menjadi seorang Islam rakan serumahnya yang bernama Parang telah dilantik menjadi ketua Selakau.


Peristiwa beruk emas itu boleh dikatakan bermakna dalam sejarah Selakau kerana ia menandakan permulaan suatu hubungan yang berlarutan di antara masyarakat Selakau dengan Panambahan Melayu di Sambas. Orang Selakau di Pueh mendakwa bahawa daripada Baruk Amas itu jugalah mereka memperolehi nama bagi hukum adat yang mereka amalkan. Dan sistem hukum adat ini dikenali sebagai Adat Baruk Amas.


Di Sarawak, laporan awal mengenai Selakau pernah ditulis oleh Spenser St. John dalam bukunya Forest of the Far East yang pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1862. Kenyataan-kenyataan awal St. John mengenai kaum tersebut merangkumi beberapa aspek yang berhubung dengan budaya mereka. Di antara kenyataannya ada yang menyentuh soal amalan membakar mayat oleh golongan pemimpin dan yang kaya di kalangan Selakau. Kenyataan St. John itu diakui betul oleh penduduk kaum Selakau di kawasan di Kampung Pueh dan juga Kampung Biawak (Awang Hasmadi Awang Mois 1979). Beberapa buah kenyataan St. John yang lain menyentuh perkara seperti nama yang digunakan oleh kaum Selakau dan juga kaum yang berjiran dengan mereka, iaitu kaum Larah bagi merujuk kepada tuhan mereka iaitu “Jewata.” Pengunaan istilah ini dapat dibuktikan dengan bentuk perkataan berbunyi jubaha yang digunakan oelh kedua-dua kaum pada masa kini.


Penghijrahan masyarakat Selakau di wilayah Sarawak dikatakan berlaku dalam dua gerakan. Gerakan penghijrahan awal ke wilayah Sarawak dianggarkan berlaku pada tahun 1830-an. Dalam artikelnya yang ringkas bertajuk, “Slakow dan Larah Land Dayaks of Lundu,” seorang pentadbir Inggeris di daerah Lundu bernama Elam (1935:241) mengira bahawa kaum Larah menyeberang masuk ke kawasan Sarawak kira-kira dalam tahun 1840-an tetapi kedatangan kaum Larah tambahnya didahului oleh kaum Selakau beberapa tahun sebelum itu. Kalau diambil catatan St.John yang diterbitkan pada tahun 1862 sebagai catatan terawal mengenai masyarakat tersebut maka dapatlah diandaikan bahawa masyarakat Selakau yang dimaksudkan oleh St. John ialah dari rumpun adat-rukun Gaje’ng dan bukan dari adat-rumpun Sangkuku seperti yang terdapat di kawasan Kampung Pueh.


Ada beberapa faktor yang dikatakan mendorong kepada penghijrahan masyarakat Selakau ke Sarawak. Misalnya, Denilson (1876:6) telah menyatakan bahawa kedatangan Selakau disebabkan oleh keinginan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan zalim yang datang dari pemerintahan Sultan Sambas. Walau bagaimanapun Denilson tidak pula menghuraikan “tuntutan-tuntutan zalim” itu. Sebaliknya, laporan Elam (1945:243) mengatakan bahawa penghijrahan itu disebabkan oleh serangan-serangan dari pendatang dan lanun-lanun dari keturunan Cina. Keterangan yang diberi oleh Elam ini boleh difahami dengan konteks peperangan budaya yang pernah tercetus diantara kaum Selakau dengan masyarakat Cina seperti yang terkandung dalam sejarah lisan Selakau. Sementara Kaboy dan Sandin (1968) pula berkata bahawa hasrat untuk mendapatkan kawasan pertanian Selakau ke Wilayah Sarawak.


Gerakan penghijrahan Selakau yang pertama seperti yang diperkatakan oleh Kaboy dan Sandin (1968:130) telah diketuai oleh Ne’Tiang. Kumpulan ini pada asalnya tinggal di kawasan Gunung Gaje’ng di Indonesia. Mereka kemudian pindah pula ke kawasan Pasir di daerah Lundu. Akhirnya mereka berpindah ke kawasan Sadamak di mana mereka telah berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mendirikan kampung-kampung yang berasingan. Kumpulan inilah yang dikatakan mengamalkan sistem hukum yang dikenali sebagai Adat Sadamak dan rumpun adat-rukun Gaje’ng.


Masyarakat Selakau yang kini menetap di kawasan Pueh, Sematan pula berhijrah ke kawasan Sarawak pada tahun 1875. Penghijrahan mereka ini didorong oleh hasrat untuk memperbaiki keadaan hidup di samping untuk melarikan diri daripada tekanan hidup di samping untuk melarikan diri daripada tekanan-tekanan dari pemerintahan Melayu di Indoensia. Di Sarawak juga masyarakat Selakau yang datang untuk menetap di Pueh tidak dapat mengelakkan diri daripada pengaruh pemerintahan Brooke. Sebaliknya mereka tercebur pula dalam suatu lagi hubungan yang bersifat simboitik antara Melayu-Dayak. Pada peringkat awal kedatangan mereka ke Sarawak penduduk di Pueh ini dibenarkan oleh seorang pembesar Melayu untuk tinggal di kawasan Pueh dengan syarat mereka sanggup membersihkan kawasan hutan Pulau Talang-Talang, Tanjung Batu dan Pulau Dato.